![]() |
Imej: Viz Media |
Anime dan manga popular, One Punch Man akan diterbitkan sebagai sebuah filem aksi. One Punch Man adalah sebuah siri komik yang amat popular di Jepun dan seluruh dunia. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Saitama yang dapat mengalahkan musuh dengan sekali tumbukan sahaja. Dia menjadi bosan dan memulakan misi untuk mencari lawan yang setimpal.
Komik ini mula dikeluarkan pada tahun 2009 oleh artis Jepun bernama ONE. Selepas dikeluarkan, One Punch Man terus viral dan seterusnya diterbitkan dalam majalah Young Jump Next.
Tahap populariti komik ini di seluruh dunia tidak boleh dinafikan, dengan jumlah jualan 30 juta naskah. Pada tahun 2015 di mana komik ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh VIZ Media, edisi pertama dan kedua telah masuk dalam senarai New York Times Manga Bestsellers List. Ia juga dicalonkan dalam anugerah Eisner dan juga Harvey Award.
Sejak itu, cerita ini diterbitkan dalam bentuk anime dan permainan video. Terdapat ura-ura mengatakan Sony telah cuba mendapatkan khidmat penulis skrip Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner yang terkenal dengan filem Jumanji: The Next Level and Venom untuk terlibat dalam filem One Punch Man. Biarpun menarik, terdapat risiko dan cabaran yang tinggi untuk menerbitkan cerita Anime untuk tontonan peminat filem Hollywood. Banyak contoh yang tidak berjaya setakat ini seperti Ghost in a Shell, Death Note dan Dragonball Evolution yang bukan saja memaparkan cerita yang amat mengecewakan, tetapi telah menimbulkan kemarahan peminat setia manga dan anime tersebut.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!