![]() |
Imej: Marvel |
The Universe is expanding. Marvel Studios’ The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision and Loki are coming soon to #DisneyPlus. pic.twitter.com/Kmk6p8S4hV— Disney+ (@disneyplus) February 3, 2020
Tindakan ini boleh dilihat telah dirancang dengan baik. Jika anda masih ingat, dalam satu babak dalam Avengers: Endgame, Tony Stark, Steve Rogers, Bruce Banner dan Scott Lang telah kembali ke masa lampau iaitu semasa Battle of New York pada tahun 2012.
Dalam usaha mendapatkan salah satu Infinity Stone iaitu Tesseract, Loki telah berjaya melepaskan diri dengan membawa Inifinity Stone tersebut.
Loki menghilangkan diri, dan ini menyebabkan Tony Stark dan Steve Rogers untuk kembali ke masa yang lebih lampau untuk mendapatkan Tesseract yang lain. Kehilangan Loki pada masa itu tidak dijelaskan, dan disinilah cerita bersiri Loki akan dimulakan, Samada babak itu disengajakan atau tidak, kehebatan Marvel dalam membawa cerita baru tidak dapat dinafikan.
"Kevin has generously showed me what his plans are — I can’t tell you any of them — but its is one of the most exciting creative opportunities I think I’ve ever come across.” #TomHiddleston #LokiTVSeries #Loki #lokiseries #MarvelSDCC #marvel pic.twitter.com/LVvgVYCvSn— Loki series (@loki_series) July 21, 2019
Rancangan Loki akan bersiaran di Disney Plus, dan dikatakan Loki akan menggunakan Tesseract untuk pergi ke pelbagai waktu dalam sejarah. Ini adalah Loki yang berlainan (dari masa berbeza) dengan Loki yang dibunuh oleh Thanos pada tahun 2018. Wataknya yang sedikit sambil lewa dan penuh tipu muslihat akan memberikan rancangan bersiri ini banyak peluang untuk mewujudkan kisah-kisah yang menarik.
Pencipta watak Loki, Michael Waldron berharap siri ini akan mengupas dengan terperinci mengenai kisah hidup Loki. Loki adalah seorang yang selalunya tidak berjaya mengawal keadaan yang terjadi dan tidak banyak yang diketahui mengenainya selain ceritanya di dunia Asgard.
Sama-sama kita nantikan kisah bersiri ini di masa akan datang.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!