Langkau ke kandungan utama

Aladdin 2: Adakah Ceritanya Akan Mengikut Cerita Animasi?

Aladdin 2 sedang dalam proses penghasilan
Imej: Disney
Cerita animasi Disney yang telah diadaptasi kepada filem iaitu Aladdin akan disambung dalam sekuel cerita Aladdin 2. Ini berikutan kejayaan filem tersebut di pawagam seluruh dunia.



Filem tersebut dikatakan di peringkat perancangan awal sejak 6 bulan lalu. Guy Ritchie akan kembali sebagai pengarah dalam filem kedua ini. Pihak produser filem akan membawa semula pelakon utama dari filem pertama iaitu Will Smith, Mena Massoud dan Naomi Scott, namun belum ada tawaran diberi kepada mereka kerana skrip filem ini belum tersedia.

Pleakon utama filem Aladdin
Pelakon utama filem Aladdin
Filem ini akan dijadikan keluaran untuk pawagam dan bukannya terus ke format media digital Disney Plus seperti terjadi kepada kebanyakkan filem masa kini. Dalam cerita animasi asal Aladdin, terdapat 2 sekuel kepada cerita Aladdin yang hanya diterbitkan ke video, bukannya ke pawagam.

Sekuel kepada animasi Alddin
Imej: Disney
Filem Aladdin menempah kejayaan pada tahun 2019 apabila mendapat kutipan melebihi 1 billion dollar Amerika, dan ini menempatkannya sebaris dengan filem berjaya lain seperti The Lion King, Beauty and the Beast dan Alice in Wonderland. Pihak Disney tahu para peminat semestinya akan ternanti-nanti sekuel ini tapi mereka mengambil langkah cermat dengan filem ini agar ceritanya tidak dilakukan secara terburu-buru.

Belum ada tarikh jangkaan tayangan diberikan setakat ini dan dijangkakan ianya tidak akan siap sebelum tahun 2023.


Jika dilihat kepada filem-filem animasi Aladdin, sambungan kepada cerita pertama adalah The Return of Jafar. Walaubagaimanapun, tidak ditolak juga kemungkinan bahawa filem ini akan menampilkan cerita yang baru dan tidak mengikut kepada cerita asal Aladdin.

Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!

Trending Sekarang

Dune: Cerita Adaptasi Novel Fiksyen Sains Popular

Imej: Warner Bros Dune adalah sebuah kisah dari novel fiksyen sains yang diterbitkan pada tahun 1965. Cerita yang menggabungkan dunia sains dan fantasi ini menjadi buku yang terjual laris di pasaran antarabangsa. Hasil dari itu, 5 buah buku lagi dikeluarkan. Adaptasi filem dan drama bersiri sudah dikeluarkan sebelum ini, dan keluaran terbaru ini adalah adaptasi filem yang dimodenkan untuk tatapan peminat filem masa kini. Adaptasi baru ini dijangka dikeluarkan lewat tahun 2020. Dune pada tahun 1984 Barisan pelakon utama terdiri daripada Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Josh Brolin dan Oscar Isaac. Filem ini diarahkan oleh Denis Villeneuve yang juga mengarahkan filem-filem Arrival dan Blade Runner 2049. Penggambaran Dune (2020) Plot cerita Dune bertumpu di sebuah planet dinamakan Arrakis di mana 'spice' iaitu bahan paling berharga di galaksi ini ditemui. Keluarga Atreides dihantar ke Arrakis untuk melombong bahan spice ini. Musuh keluarga Atrei

One Punch Man: Dari Manga ke Filem?

Imej: Viz Media Anime dan manga popular, One Punch Man akan diterbitkan sebagai sebuah filem aksi. One Punch Man adalah sebuah siri komik yang amat popular di Jepun dan seluruh dunia. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Saitama yang dapat mengalahkan musuh dengan sekali tumbukan sahaja. Dia menjadi bosan dan memulakan misi untuk mencari lawan yang setimpal. Komik ini mula dikeluarkan pada tahun 2009 oleh artis Jepun bernama ONE. Selepas dikeluarkan, One Punch Man terus viral dan seterusnya diterbitkan dalam majalah Young Jump Next. Tahap populariti komik ini di seluruh dunia tidak boleh dinafikan, dengan jumlah jualan 30 juta naskah. Pada tahun 2015 di mana komik ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh VIZ Media, edisi pertama dan kedua telah masuk dalam senarai New York Times Manga Bestsellers List. Ia juga dicalonkan dalam anugerah Eisner dan juga Harvey Award. Sejak itu, cerita ini diterbitkan dalam bentuk anime dan permainan video. Terdapat ura

3 Filem Lakonan 'Hyun Bin' Yang Anda Mesti Tonton

Drama Crash Landing on You dan juga Memories of the Alhambra telah menguatkan posisi Hyun Bin sebagai antara pelakon terbaik di Korea Selatan. Beliau bukanlah nama baru dalam industri ini dan banyak filem-filem yang telah dilakonkannya sebelum ini telah berjaya memukau para peminat filem Korea.  Di sini kami senaraikan 3 filem yang berjaya menampilkan bakat lakonan terbaik Hyun Bin yang mesti ditonton. Confidential Assignment  Confidential Assignment dikeluarkan pada tahun 2017. Selain Hyun Bin, pelakon lain dalam filem ini adalah Kim Joohyuk dan Yoo Haejin. Dalam cerita ini, Im Cheolryung (Hyun Bin) berlakon sebagai tentera Korea Utara yang kematian isteri dalam satu serangan. Ketua kepada Im Cheolryung, iaitu Cha Kiseong adalah dalang kepada serangan tersebut untuk mencuri master plate yang digunakan untuk mencetak wang. Cha Kiseong melarikan diri ke Korea Selatan dan Im Cheolryung telah ditugaskan untuk menangkapnya dan membawa kembali master plate yang tel

Review: Extraction

Imej: Netflix Extraction adalah sebuah filem yang penuh dengan aksi-aksi yang menarik. Majoriti masa filem ini dipenuhi dengan aksi tembak-menembak, berlawan tanpa senjata, letupan dan kejar mengejar. Jika anda tidak meminati genre filem sebegini, malangnya filem ini bukan untuk anda. Biarpun boleh dikatakan hanya sebuah filem aksi dengan bajet pertengahan, ianya amat sesuai dengan tayangan di Netflix di mana filem ini boleh ditonton untuk mengisi kelapangan masa, tanpa perlu pergi ke pawagam. Diarahkan oleh seorang muka baru dalam dunia arahan filem, Sam Hargrave adalah seorang pakar koordinasi aksi (stuntman) yang terlibat dalam aksi-aksi menarik dalam filem Captain America: Civil War dan Avengers: End Game. Beliau mempunyai minat amat mendalam dalam hasil kerja Jackie Chan dan filem-filem Hong Kong. Kepakarannya terserlah dalam filem Extraction di mana aksi-aksi yang dilakonkan amat realistik dan menghiburkan. By far the most complicated action sequence I’ve