![]() |
Whitney Houston |
Sebuah filem kisah hidup penyanyi terkenal Whitney Houston akan dibuat dengan penulis filem Bohemian Rhapsody, Anthony McCarten sebagai penulis skrip.
Dikhabarkan filem ini akan dinamakan I Wanna Dance With Somebody. Stella Meghie iaitu pengarah drama The Photograph, sedang dalam proses perundingan untuk menjadi pengarah.
Belum ada info siapa yang akan melakonkan watak Whitney Houston. Whitney Houston adalah antara penyanyi paling berjaya di pentas dunia jika dilihat kepada rekod dan pencapaian beliau, sebelum kematiannya pada tahun 2012.
Whitney Houston telah memenangi anugerah Grammys sebanyak 6 kali dalam kareernya dan telah berjaya menjual 200 juta album seluruh dunia. Bermula pada tahun 1980an, antara lagu-lagu popular beliau adalah I Wanna Dance with Somebody dan juga I Will Always Love You.
Pada tahun 1992, Whitney Houston sendiri telah berlakon dalam filem The Bodyguard. Dalam kehidupan sebenar, Whitney mengalami banyak masalah rumah tangga dengan suami Bobby Brown. Whitney juga mempunyai masalah ketagihan dadah yang juga membawa kepada kematiannya. Dia ditemui mati di sebuah hotel dengan penggunaan kokain berlebihan menyebabkan masalah jantung sebagai sebab kematian.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!