![]() |
Robert Pattinson dalam The Batman |
Seperti yang telah dihebahkan, Robert Pattinson akan membawa watak Bruce Wayne dalam filem keluaran baru The Batman.
![]() |
Imej: Andrew Milligan/PA Wire |
![]() |
Imej: Warner Bros |
Sedikit sedutan wajah baru batman telah dikeluarkan dan kelihatan terdapat perbaharuan dibuat untuk membezakannya dari wajah Batman sebelum ini. Wajah Batman kelihatan agak retro dan kembali kepada rupa asal seperti yang dilukis dalam komik.
Pengarah filem Matt Reeves juga telah memberi sedikit gambaran kereta Batmobile yang baru, dan gambar-gambar itu tidak mengecewakan.
Di laman Twitter beliau, terpapar gambar rasmi kereta Batman, dan ianya kelihatan lebih kepada sebuah kereta sport dari filem Fast and Furious.
— Matt Reeves (@mattreevesLA) March 4, 2020
Filem ini dijangka ditayangkan pada bulan Jun 2021.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!