![]() |
Sony menangguhkan filem-filem 2020 |
Sony menjadi studio filem seterusnya yang mengumumkan penangguhan kepada filem-filem utamanya ke tahun hadapan. Ini berikutan pandemic COVID-19. Filem-filem Uncharted, Ghostbusters: Afterlife, dan Peter Rabbit 2 akan ditangguhkan. Hanya filem Fatherhood lakonan Kevin Hart yang kekal ditayangkan pada tahun ini iaitu pada bulan Oktober 2020.
Filem Marvel Spider-Man yang ketiga pula tidak akan terjejas dan ianya masih kekal ditayangkan bulan Julai 2021 seperti dirancang.
Filem Sony yang lain yang sebelum ini dirancang sebagai tayangan Julai tahun ini iaitu Ghostbusters: Afterlife dan Morbius telah ditangguhkan ke bulan Mac 2021.
Perubahan drastik ini menggambarkan bahawa para penerbit filem belum yakin bahawa panggung wayang seluruh dunia akan dibuka dalam masa terdekat.
Studio lain seperti Warner Bros juga menangguhkan filem seperti Wonder Woman 1984 ke bulan Ogos 2020. Disney pula telah menangguhkan Mulan tanpa memberikan jangkaan tarikh penyiaran.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!