![]() |
Imej: Marvel |
Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings adalah filem akan datang dalam produksi filem Marvel. Hero ini adalah seorang pakar seni pertahankan diri yang akan dilakonkan oleh Simu Liu (Kim's Convenience).
Shang-Chi adalah seorang pakar kungfu yang bergantung kepada kuasa fizikal tanpa sebarang bantuan magik. Dikatakan beliau mendapatkan kuasa fizikalnya dari teknik pengawalan chi yang luar biasa. Karakter ini boleh dikatakan diilhamkan dari karakter Bruce Lee dalam dunia sebenar. Dia adalah ahli Avenger dalam komik Marvel dan merupakan satu-satunya ahli pakar kungfu dalam kumpulan tersebut.
![]() |
Imej: Simu Liu melakonkan Shang-Chi |
Terdapat ramai watak dalam siri cerita Shang-Chi. Antaranya adalah Mandarin, yang merupakan musuh utama Shang-Chi. Mandarin akan dilakonkan oleh artis terkenal Hong Kong, Tony Leung.
Maklumat yang ada sekarang agak kurang, namun apa yang diketahui sekarang adalah filem ini akan memaparkan suatu dunia pertandingan berlawan underground di mana Shang-Chi akan berdepan dengan ramai musuh.
Berikut merupakan sedikit pengenalan mengenai watak-watak utama lain dalam filem ini.
Tiger-Claw
Tiger-Claw seorang pakar dalam seni perlawanan tanpa senjata dan mempunyai skill dalam pelbagai aliran seni pertahankan diri. Dia memakai sarung tangan seperti harimau dan mempunyai kuku panjang untuk menyerang.
Ini adalah abang kepada Shang-Chi. Bapa mereka Fu Manchu telah melatih Moving Shadow untuk mengalahkan dan membunuh Shang-Chi. Fu Manchu merasakan yang Shang-Chi adalah anak yang gagal mengikuti jejak langkah kejahatan beliau.
Razor-Fist mempunya kepakaran seni pertahankan diri yang menggunakan pisau yang menggantikan tangannya.
Ghostmaker mempunyai skill untuk membunuh menggunakan apa saja benda yang ada di tangannya. Dia mempunyai kuasa penyembuhan diri dan biasa menggunakan katana dan shuriken sebagai senjata.
Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dijangka ditayangkan pada February 2021.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!