Lionsgate akan menganjurkan satu sesi tontonan atas talian di mana filem-filem akan ditayangkan secara percuma di Youtube.
Lionsgate Live! A Night at the Movies akan mempertunjukkan satu filem setiap minggu untuk 4 minggu.
Sesi ini adalah untuk membantu industri filem yang terjejas teruk akibat pandemic COVID-19 melalui kesedaran untuk menyumbang secara online.
Berikut adalah filem yang akan ditunjukkan secara Live:
(Dikemaskini dengan waktu Malaysia)
18 April 2020 9.00am – The Hunger Games
25 April 2020 9.00am – Dirty Dancing
2 Mei 2020 9.00am – La La Land
9 Mei 2020 9.00am – John Wick
Tayangan boleh diakses melalui laman Youtube Lionsgate dan laman web Lionsgate.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!