Langkau ke kandungan utama

Review: Time to Hunt

Time to Hunt sebuah filem aksi psikologi di Netflix
Imej: Netflix

Anda hanya perlu melihat review di laman Rotten Tomatoes untuk mengetahui bahawa filem Time to Hunt adalah sebuah filem yang mantap. Filem ini meneroka tema masa depan yang penuh dengan pergolakkan politik dan ekonomi yang gagal.



Di masa depan, sebuah bandar terperangkap di dalam kegawatan yang menjadikan kehidupan amat susah untuk rakyatnya. Jun-Seok (Lee Je-Hoon) merupakan seorang bekas banduan yang telah menjalani hukuman penjara selama 3 tahun selepas melakukan jenayah. Apabila dibebaskan, Jun-Seok mendapati dunia amat berbeza. Dia disatukan semula dengan 2 rakan karibnya Jang-ho (Ahn Jae-hong) dan Ki-hoon (Choi Woo-Shik).

Watak utama Time to Hunt
Watak utama Time to Hunt

Selepas berjumpa semula, Jun-Seok mencadangkan kepada Jang-Ho and Ki-hoon untuk melakukan satu lagi jenayah buat kali terakhirnya. Dia bercadang untuk merompak sebuah kumpuluan perjudian yang mempunyai banyak mata wang US Dollar.




In Sang-soo (Park Jeong-min) adalah orang dalam mereka dalam kumpulan perjudian tersebut yang akan membantu mereka melaksanakan rancangan mereka. Apa yang mereka tidak tahu adalah tindakan mereka ini bakal membuatkan nyawa mereka terancam.

Imej: Netflix

Dalam pelaksanaan rancangan mereka, mereka telah mendapat beberapa pita rakaman yang menunjukkan mereka sedang diburu. Di sini lah kemunculan Han (Park Hae-Soo), seorang karakter misteri yang akan melakukan apa sahaja untuk memburu mereka, Dia seorang yang amat berbahaya, dan misinya adalah untuk membunuh semua rakan karib tersebut dan mendapatkan semula pita rakaman yang telah dicuri.

Aksi berlawan dalam filem ini diatur dengan sangat baik. Pengarah Yoon Sung-Hyun berjaya membuat babak suspen yang amat realistik dengan bantuan pencahayaan dan ton warna yang sempurna.

Penggambaran Time to Hunt
Imej: HanCinema

Time to Hunt adalah lebih daripada sebuah filem aksi. Para penonton pastinya akan terikat dengan ceritanya yang penuh dengan cetusan psikologi dan emosi.




Di akhirnya, para penonton akan merasakan banyak rasa simpati dengan watak-watak utama yang diburu. Pada masa yang sama, terdapat pengajaran bahawa jenayah yang mereka lakukan tidak sepatutnya dilakukan, dan tindakan drastik dan terdesak itulah yang membawa padah kepada mereka.

Time to Hunt boleh ditonton di Netflix sekarang.

Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!

Trending Sekarang

Aladdin 2: Adakah Ceritanya Akan Mengikut Cerita Animasi?

Imej: Disney Cerita animasi Disney yang telah diadaptasi kepada filem iaitu Aladdin akan disambung dalam sekuel cerita Aladdin 2. Ini berikutan kejayaan filem tersebut di pawagam seluruh dunia. Filem tersebut dikatakan di peringkat perancangan awal sejak 6 bulan lalu. Guy Ritchie akan kembali sebagai pengarah dalam filem kedua ini. Pihak produser filem akan membawa semula pelakon utama dari filem pertama iaitu Will Smith, Mena Massoud dan Naomi Scott, namun belum ada tawaran diberi kepada mereka kerana skrip filem ini belum tersedia. Pelakon utama filem Aladdin Filem ini akan dijadikan keluaran untuk pawagam dan bukannya terus ke format media digital Disney Plus seperti terjadi kepada kebanyakkan filem masa kini. Dalam cerita animasi asal Aladdin, terdapat 2 sekuel kepada cerita Aladdin yang hanya diterbitkan ke video, bukannya ke pawagam. Imej: Disney Filem Aladdin menempah kejayaan pada tahun 2019 apabila mendapat kutipan melebihi 1 billion dollar Amerika, d

Review: Extraction

Imej: Netflix Extraction adalah sebuah filem yang penuh dengan aksi-aksi yang menarik. Majoriti masa filem ini dipenuhi dengan aksi tembak-menembak, berlawan tanpa senjata, letupan dan kejar mengejar. Jika anda tidak meminati genre filem sebegini, malangnya filem ini bukan untuk anda. Biarpun boleh dikatakan hanya sebuah filem aksi dengan bajet pertengahan, ianya amat sesuai dengan tayangan di Netflix di mana filem ini boleh ditonton untuk mengisi kelapangan masa, tanpa perlu pergi ke pawagam. Diarahkan oleh seorang muka baru dalam dunia arahan filem, Sam Hargrave adalah seorang pakar koordinasi aksi (stuntman) yang terlibat dalam aksi-aksi menarik dalam filem Captain America: Civil War dan Avengers: End Game. Beliau mempunyai minat amat mendalam dalam hasil kerja Jackie Chan dan filem-filem Hong Kong. Kepakarannya terserlah dalam filem Extraction di mana aksi-aksi yang dilakonkan amat realistik dan menghiburkan. By far the most complicated action sequence I’ve

One Punch Man: Dari Manga ke Filem?

Imej: Viz Media Anime dan manga popular, One Punch Man akan diterbitkan sebagai sebuah filem aksi. One Punch Man adalah sebuah siri komik yang amat popular di Jepun dan seluruh dunia. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Saitama yang dapat mengalahkan musuh dengan sekali tumbukan sahaja. Dia menjadi bosan dan memulakan misi untuk mencari lawan yang setimpal. Komik ini mula dikeluarkan pada tahun 2009 oleh artis Jepun bernama ONE. Selepas dikeluarkan, One Punch Man terus viral dan seterusnya diterbitkan dalam majalah Young Jump Next. Tahap populariti komik ini di seluruh dunia tidak boleh dinafikan, dengan jumlah jualan 30 juta naskah. Pada tahun 2015 di mana komik ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh VIZ Media, edisi pertama dan kedua telah masuk dalam senarai New York Times Manga Bestsellers List. Ia juga dicalonkan dalam anugerah Eisner dan juga Harvey Award. Sejak itu, cerita ini diterbitkan dalam bentuk anime dan permainan video. Terdapat ura

Artemis Fowl: Budak Genius di Dunia Fantasy

Imej: Disney Disney akhirnya akan mengeluarkan filem Artemis Fowl berdasarkan buku cerita bersiri yang diterbitkan hampir 20 tahun lalu. Cerita ini ada pelbagai watak fantasi yang menarik seperti centaurs dan penjenyah pintar. Dijadualkan untuk tayangan pada bulan Jun 2020 di Disney Plus , cerita ini terjadi di Haven City, iaitu ibukota dunia fairy. Haven City berdasarkan novel grafik Artemis Fowl adalah seorang budak genius berumur 12 tahun yang tinggal di sebuah rumah agam di Ireland bersama pengawal peribadinya. Bapanya telah menghilangkan diri bersama dengan kekayaan berjuta yang dimiliki keluarga Fowl. Ibunya pula mengalami kesukaran untuk meneruskan hidup dan telah serba sedikit meninggalkan dunia nyata realiti. Imej: Disney Artemis telah sekian lama mengkaji kewujudan dunia fairy. Dia memiliki buku Book of the People yang menyimpan rahsia dunia tersebut. Colin Farrell sebagai bapa Artemis yang menhilangkan diri Di sini Artemis dan pengawal pe