![]() |
Imej: Pixar |
Dengan pawagam yang masih ditutup di seluruh dunia, Onward adalah salah satu filem animasi yang tidak dapat ditayangkan seperti kebiasaanya di pawagam.
![]() |
Imej: Pixar |
Dengan keadaan itu, filem ini bakal ditayangkan pula di perkhidmatan Disney Plus, yang malangnya belum dibuka untuk pasaran Malaysia.
Onward adalah satu filem yang menyeronokkan dan penuh dengan cerita pengembaraan. Ianya disuarakan oleh bintang Chris Pratt (Barley) dan Tom Holland (Ian), sebagai adik beradik Elf yang amat berbeza perwatakan.
![]() |
Chris Pratt dan Tom Holland |
Dua beradik ini memulakan satu pengembaraan untuk mencari bukti bahawa magik wujud, dan pada masa yang sama perlu menyelamatkan bapa mereka.
Onward mengikut jejak filem-filem seperti The Hunt, The Invisible Man dan Birds of Prey yang dilancarkan awal di media penyiaran online, untuk mendapat kembali pungutan wang yang telah terjejas teruk akibat wabak COVID-19.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!