![]() |
Lady Gaga (Kanan) akan Melakonkan Patrizia Reggiani (Kiri) - Imej: AP; Rex |
Pengarah terkenal Ridley Scott akan mengarahkan sebuah filem bertajuk Gucci, dibintangi oleh antaranya penyanyi terkenal Lady Gaga.
Maurizio Gucci, cucu kepada pengasas syarikat Gucci. Imej: Yahoo |
Filem ini berkisarkan cerita jenayah berdasarkan cerita sebenar, sekitar tahun 1995 di mana cucu kepada pengasas syarikat fesyen Gucci, Maurizio Gucci telah dibunuh. Lady Gaga dijangka memegang watak Patrizia Reggiani, iaitu bekas isteri kepada Maurizio.
Berdasarkan kejadian sebenar, Maurizio telah meninggalkan isterinya Reggiani untuk bersama seorang wanita lebih muda pada tahun 1985, iaitu 12 tahun selepas mereka berkahwin. Beberapa tahun selepas itu, Reggiani telah disabit kesalahan atas tuduhan mengatur pembunuhan Maurizio.
Pembunuhan Maurizio Gucci. Imej: Yahoo |
Maurizio ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan pada tahun 1995. Reggini yang diberi gelaran Black Widow mendapat tumpuan media pada masa itu di mana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 29 tahun. Dia telah menjalani hukuman selama 18 tahun dan telah dibebaskan pada tahun 2016.
Filem ini dijangka ditayangkan pada bulan November 2021.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!