![]() |
Imej: Disney |
Banyak yang boleh dinantikan oleh peminat filem aksi Disney. Selain filem seperti Mulan, salah satu filem yang dinanti-nantikan adalah Jungle Cruise.
Tidak seperti kebanyakan keluaran Disney pada masa sekarang, filem Jungle Cruise tidak diadaptasi dari mana-mana filem Disney sebelum ini. Filem ini diilhamkan dari permainan sebenar di taman tema Disney dengan nama yang sama.
![]() |
Permainan sebenar Jungle Cruise di Tokyo Disneyland |
Daripada apa yang dilihat dari trailer sebelum ini, boleh dikatakan filem ini akan membawa cerita yang amat menyeronokkan.
Filem ini akan dilakonkan oleh Dwayne The Rock Johnson dan Emily Blunt, selaku watak utama iaitu Frank dan Lily.
Lily adalah seorang pengembara yang sedang menjalankan kajian untuk membuktikan lagenda sebuah pokok Amazon yang mampu mengubati segala penyakit di dunia. Menurutnya, pokok ini akan mengubah dunia, tetapi akan merosakkan dunia jika jatuh ke tangan orang jahat.
![]() |
Pokok yang mampu mengubati segala penyakit |
Lily dipertemukan dengan Frank yang telah sekian lama mencari pokok tersebut. Frank telah mencari di serata kampung, pulau dan tempat untuk mencari pokok tersebut, dan hampir berputus asa.
Lily memiliki satu kunci, yang selama ini diperlukan untuk mencari pokok tersebut. Disinilah bermula kisah pengembaraan mereka menghadapi bahaya air dan binatang buas.
Filem ini dijangka ditayangkan pada Julai 2020. Sama-sama kita nantikan.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!