Irrfan Khan merupakan seorang pelakon yang amat berbakat dan merupakan eksport terbaik bakat dari ke India ke Hollywood.
Beliau seorang veteren dalam dunia filem di mana lebih 80 filem telah dilakonkan olehnya. Pada awal kareernya, beliau hampir berputus asa dalam dunia lakonan. Beliau dikatakan kekurangan rupa paras untuk menjadi seorang hero dalam filem Bollywood. Selepas menjejak kaki ke Hollywood, beliau telah muncul dalam pelbagai filem box office seperti Life of Pi, Slumdog Millionaire dan Jurassic World.
Mr. Champak’s state of mind: Love from the inside, making sure to show it outside! 😍 #AngreziMedium now streaming on @DisneyplusHSVIP: https://t.co/z23Vlobb77#KareenaKapoorKhan @radhikamadan01 #DeepakDobriyal #DineshVijan #HomiAdajania #DimpleKapadia @RanvirShorey pic.twitter.com/SiWA2TK1OJ— Irrfan (@irrfank) April 12, 2020
Irrfan dilahirkan pada 7 Januari 1967 di sebuah kampung bernama Rajasthan. Ibunya mempunyai darah di raja dan bapanya seorang ahli perniagaan yang kaya. Nama kelahirannya adalah Sahabzada Irfan Ali Khan.
Irrfan telah mengeluarkan nama "Sahabzada" dari namanya kerana tidak ingin dilihat sebagai hanya seorang dari keluarga yang berada.
Kerjayanya mula menjadi tumpuan dunia apabila beliau berlakon di dalam sebuah filem Inggeris iaitu The Warrior. Penggambaran dibuat di pergunungan Himalaya. Filem pertama dari pengarah Inggeris Asif Kapadia yang tidak mampu untuk membayar gaji kepada pelakon yang lebih ternama dari Bollywood, beliau memilih Irrfan untuk berlakon sebagai seorang pahlawan yang ingin bersara dari berlawan.
Filem The Warrior memenangi Best British Film di Anugerah Baftas dan hampir-hampir dicalonkan dalam anugerah Oscars. Kejayaan ini membawa Irrfan ke pentas dunia, di mana hampir 5 atau 6 filem dilakonkannya setahun untuk tempoh hampir 20 tahun.

Pada tahun 2008, Irrfan berlakon dalam filem Slumdog Millionaire sebagai seorang inspektor polis yang meragui kemenangan Jamal dalam cerita itu. Ini adalah antara lakonan terbaik oleh Irrfan.
Antara lakonan yang dibuatnya selepas itu termasuklah sebagai seorang saintis dalam The Amazing Spiderman, menjadi watak dewasa Piscine dalam filem Ang Lee Life of Pi, dan menjadi Simon Masrani iaitu seorang billionaire dalam Jurassic World.
Pada tahun 2018, beliau didiagnos mengalami sakit cancer yang dinamakan neuroendocrine tumour, yang mengganggu fungsi sel yang melepaskan hormon ke dalam darah.
Beliau telah mendapatkan rawatan di London dan telah meninggal dunia pada umur 53 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Sutapa Sikdar, dan dua orang anak bernama Babil dan Ayan.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!