![]() |
Imej: Astrid Stawiarz/Getty; John Parra/Getty |
Sebuah filem tentang kisah hidup Hulk Hogan akan dilakonkan oleh Chris Hemsworth dan filem ini berada dalam fasa penulisan skrip pada masa kini. Netflix memliki hakcipta untuk cerita ini dan Hulk Hogan ataupun Terry Gene Bollea sendiri akan menjadi penasihat untuk pembuatan filem ini.
![]() |
Imej: WWE |
Filem ini akan memaparkan kisah hidup Hulk Hogan di peringkat awal di mana dia mula mendapat nama pada era 1970an dan mula muncul dalam World Wrestling Federation pada tahun-tahun 1980an. Hulk Hogan menjadi amat popular dalam WWF dan para peminatnya mengelar diri mereka Hulkamaniacs.
Tahap populariti Hogan telah melangkaui dunia gusti pada era tersebut. Dia menjadi bintang utama dalam dunia WWF (dikenali sebagai WWE pada masa kini). Hogan menjadi muka utama dalam mempromosi acara WrestleMania, jauh di hadapan pengusti lain seperti Andre the Giant dan Rowdy Roddy Piper. Hogan telah meninggalkan WWF pada tahun 1994 dan menyertai WCW dan mencetus persaingan untuk mengusai dunia gusti pada era 1990an. Beliau juga kembali kembali ke WWE pada tahun 2002.
![]() |
Hulk Hogan dengan aksi Piledriver |
Filem ini belum diberi nama. Ianya akan diarahkan oleh Todd Phillips (The Hangover) dan Scott Silver (Joker) sebagai penulis. Salah satu produser dalam filem ini adalah bekas rakan gusti Hulk Hogan iaitu Eric Bischoff.
Melalui lakonan Hemsworth dan barisan pengarah dan pasukan produksi yang mantap, adakah filem ini akan memperbaiki imej Hulk Hogan yang telah tercemar di akhir kareernya?
Dalam tahun-tahun terdekat ini, Hulk Hogan telah terlibat dalam skandal kebocoran rakaman seks yang telah berakhir dengan kes saman dengan syarikat Gawker Media. Dia juga terlibat dalam skandal komen bebaur perkauman yang dinyatakan dalam rakaman seks tersebut. Ini menyebabkan WWE membatalkan kontraknya dan mengeluarkan namanya dari Hall of Fame WWE. Hogan telah membuat banyak permohonan maaf selepas itu dan telah muncul semula dalam WWE pada tahun 2018.
Boleh dikatakan tidak ada pelakon yang lebih baik untuk memainkan watak Hulk Hogan selain Chris Hemsworth. Beliau amat disukai ramai sebagai watak Thor dalam filem Marvel. Keperibadian Hemsworth dan bakatnya untuk membawa karakter yang mempunyai persona yang tinggi akan menjadi antara faktor kejayaan filem ini.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!