 |
Imej: Marvel |
Dengan kemunculan filem The Eternals nanti, semua peminat filem Marvel tertunggu-tunggu bagaimana siri filem baru ini boleh memberi jalan cerita dan watak-watak yang lebih gempak dari pengakhiran Infinity Saga.
Filem ini akan dibintangi dengan barisan pelakon yang mantap, antaranya Angelina Jolie, Salma Hayek dan Kit Harington (dari Game of Thrones).
 |
Imej: The Eternals dari Marvel |
Beberapa teori baru telah muncul yang menyatakan The Eternals akan berdepan dengan musuh yang jauh lebih kuat dari Thanos.
 |
Imej: The Deviants dari Marvel |
Teori ini menyatakan yang musuh utama dalam siri keempat filem-filem MCU (Marvel Cinematic Universe) adalah Deviants. The Eternals selaku hero-hero utama siri ini akan bertindak untuk menumpaskan Deviants, kemungkinan dengan bantuan Avengers.
Sama-sama kita nantikan filem The Eternals yang dijangka ditayangkan pada November 2020.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!