![]() |
Imej: Warner Bros |
Pengarah filem asal Edge of Tomorrow, Doug Liman telah mendedahkan bahawa manuskrip untuk cerita sambungan filem ini telah disiapkan. Apa yang dinantikan untuk penggambaran dimulakan (selain menunggu wabak COVID-19 reda) adalah kelapangan masa penggambaran pelakon utama iaitu Tom Cruise dan Emily Blunt. Masa Tom Cruise pada ketika ini boleh dikatakan sepenuhnya terikat dengan penggambaran filem sambungan Mission Impossible.
Persoalan utama peminat filem pertama sebelum ini adalah kesinambungan kepada aksi berulang masa yang menjadi plot utama dalam cerita itu. Setiap kali watak Tom Cruise terbunuh, dia akan kembali ke masa lebih awal dan boleh mengubah jalan cerita yang dilalui pada hari tersebut.
Jika anda belum menonton filem asal Edge of Tomorrow, anda boleh melihat trailernya di Youtube. Filem asal dikeluarkan pada tahun 2014.
Major William Cage (Tom Cruise) berjaya menyelamatkan benua Eropah yang diserang mahkluk asing pada masa itu kerana kuasa sementara yang diperolehinya. Bersama dengan Rita Vrataski (Emily Blunt), mereka berjaya menumpaskan mahkluk asing tersebut.
Dijangkakan filem kedua akan memulakan penggambaran pada hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.
— Jason Wiese (@wiesewisdom) March 23, 2020
Belum ada maklumat lain mengenai plot cerita sambungan ini tapi diharapkan ia dapat meneruskan cerita menarik yang ditayangkan sebelum ini.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!