Langkau ke kandungan utama

Dune: Cerita Adaptasi Novel Fiksyen Sains Popular

Dune akan dikeluarkan pada hujung tahun 2020
Imej: Warner Bros

Dune adalah sebuah kisah dari novel fiksyen sains yang diterbitkan pada tahun 1965. Cerita yang menggabungkan dunia sains dan fantasi ini menjadi buku yang terjual laris di pasaran antarabangsa. Hasil dari itu, 5 buah buku lagi dikeluarkan. Adaptasi filem dan drama bersiri sudah dikeluarkan sebelum ini, dan keluaran terbaru ini adalah adaptasi filem yang dimodenkan untuk tatapan peminat filem masa kini. Adaptasi baru ini dijangka dikeluarkan lewat tahun 2020.

Dune pada tahun 1984
Dune pada tahun 1984

Barisan pelakon utama terdiri daripada Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Josh Brolin dan Oscar Isaac. Filem ini diarahkan oleh Denis Villeneuve yang juga mengarahkan filem-filem Arrival dan Blade Runner 2049.

Penggambaran Dune (2020)
Penggambaran Dune (2020)

Plot cerita Dune bertumpu di sebuah planet dinamakan Arrakis di mana 'spice' iaitu bahan paling berharga di galaksi ini ditemui. Keluarga Atreides dihantar ke Arrakis untuk melombong bahan spice ini.




Musuh keluarga Atreides iaitu keluarga Harkonnen bakal bertembung dengan mereka.

Setakat ini belum ada trailer yang dikeluarkan. Namun beberapa imej dari set penggambaran telah dikeluarkan berserta logo rasmi filem ini.




Filem Dune ini hanya mengadaptasi separuh dari cerita sebenar dari novel. Filem ini akan disambung dalam cerita kedua yang akan dikeluarkan kemudian.

Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!

Trending Sekarang

Aladdin 2: Adakah Ceritanya Akan Mengikut Cerita Animasi?

Imej: Disney Cerita animasi Disney yang telah diadaptasi kepada filem iaitu Aladdin akan disambung dalam sekuel cerita Aladdin 2. Ini berikutan kejayaan filem tersebut di pawagam seluruh dunia. Filem tersebut dikatakan di peringkat perancangan awal sejak 6 bulan lalu. Guy Ritchie akan kembali sebagai pengarah dalam filem kedua ini. Pihak produser filem akan membawa semula pelakon utama dari filem pertama iaitu Will Smith, Mena Massoud dan Naomi Scott, namun belum ada tawaran diberi kepada mereka kerana skrip filem ini belum tersedia. Pelakon utama filem Aladdin Filem ini akan dijadikan keluaran untuk pawagam dan bukannya terus ke format media digital Disney Plus seperti terjadi kepada kebanyakkan filem masa kini. Dalam cerita animasi asal Aladdin, terdapat 2 sekuel kepada cerita Aladdin yang hanya diterbitkan ke video, bukannya ke pawagam. Imej: Disney Filem Aladdin menempah kejayaan pada tahun 2019 apabila mendapat kutipan melebihi 1 billion dollar Amerika, d

3 Filem Lakonan 'Hyun Bin' Yang Anda Mesti Tonton

Drama Crash Landing on You dan juga Memories of the Alhambra telah menguatkan posisi Hyun Bin sebagai antara pelakon terbaik di Korea Selatan. Beliau bukanlah nama baru dalam industri ini dan banyak filem-filem yang telah dilakonkannya sebelum ini telah berjaya memukau para peminat filem Korea.  Di sini kami senaraikan 3 filem yang berjaya menampilkan bakat lakonan terbaik Hyun Bin yang mesti ditonton. Confidential Assignment  Confidential Assignment dikeluarkan pada tahun 2017. Selain Hyun Bin, pelakon lain dalam filem ini adalah Kim Joohyuk dan Yoo Haejin. Dalam cerita ini, Im Cheolryung (Hyun Bin) berlakon sebagai tentera Korea Utara yang kematian isteri dalam satu serangan. Ketua kepada Im Cheolryung, iaitu Cha Kiseong adalah dalang kepada serangan tersebut untuk mencuri master plate yang digunakan untuk mencetak wang. Cha Kiseong melarikan diri ke Korea Selatan dan Im Cheolryung telah ditugaskan untuk menangkapnya dan membawa kembali master plate yang tel

Filem 'Hulk Hogan' Akan Dilakonkan Oleh Chris Hemsworth

Imej: Astrid Stawiarz/Getty; John Parra/Getty Sebuah filem tentang kisah hidup Hulk Hogan akan dilakonkan oleh Chris Hemsworth dan filem ini berada dalam fasa penulisan skrip pada masa kini. Netflix memliki hakcipta untuk cerita ini dan Hulk Hogan ataupun Terry Gene Bollea sendiri akan menjadi penasihat untuk pembuatan filem ini. Imej: WWE Filem ini akan memaparkan kisah hidup Hulk Hogan di peringkat awal di mana dia mula mendapat nama pada era 1970an dan mula muncul dalam World Wrestling Federation pada tahun-tahun 1980an. Hulk Hogan menjadi amat popular dalam WWF dan para peminatnya mengelar diri mereka Hulkamaniacs. Tahap populariti Hogan telah melangkaui dunia gusti pada era tersebut. Dia menjadi bintang utama dalam dunia WWF (dikenali sebagai WWE pada masa kini). Hogan menjadi muka utama dalam mempromosi acara WrestleMania, jauh di hadapan pengusti lain seperti Andre the Giant dan Rowdy Roddy Piper. Hogan telah meninggalkan WWF pada tahun 1994 dan menyertai

One Punch Man: Dari Manga ke Filem?

Imej: Viz Media Anime dan manga popular, One Punch Man akan diterbitkan sebagai sebuah filem aksi. One Punch Man adalah sebuah siri komik yang amat popular di Jepun dan seluruh dunia. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Saitama yang dapat mengalahkan musuh dengan sekali tumbukan sahaja. Dia menjadi bosan dan memulakan misi untuk mencari lawan yang setimpal. Komik ini mula dikeluarkan pada tahun 2009 oleh artis Jepun bernama ONE. Selepas dikeluarkan, One Punch Man terus viral dan seterusnya diterbitkan dalam majalah Young Jump Next. Tahap populariti komik ini di seluruh dunia tidak boleh dinafikan, dengan jumlah jualan 30 juta naskah. Pada tahun 2015 di mana komik ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh VIZ Media, edisi pertama dan kedua telah masuk dalam senarai New York Times Manga Bestsellers List. Ia juga dicalonkan dalam anugerah Eisner dan juga Harvey Award. Sejak itu, cerita ini diterbitkan dalam bentuk anime dan permainan video. Terdapat ura

Akan Datang: Filem Kisah Hidup Whitney Houston

Whitney Houston Sebuah filem kisah hidup penyanyi terkenal Whitney Houston akan dibuat dengan penulis filem Bohemian Rhapsody, Anthony McCarten sebagai penulis skrip. Dikhabarkan filem ini akan dinamakan I Wanna Dance With Somebody . Stella Meghie iaitu pengarah drama The Photograph, sedang dalam proses perundingan untuk menjadi pengarah. Belum ada info siapa yang akan melakonkan watak Whitney Houston. Whitney Houston adalah antara penyanyi paling berjaya di pentas dunia jika dilihat kepada rekod dan pencapaian beliau, sebelum kematiannya pada tahun 2012. Whitney Houston telah memenangi anugerah Grammys sebanyak 6 kali dalam kareernya dan telah berjaya menjual 200 juta album seluruh dunia. Bermula pada tahun 1980an, antara lagu-lagu popular beliau adalah I Wanna Dance with Somebody dan juga I Will Always Love You. Pada tahun 1992, Whitney Houston sendiri telah berlakon dalam filem The Bodyguard. Dalam kehidupan sebenar, Whitney mengalami banyak