![]() |
Filem ini pada asalnya dinamakan Fonzo, dan telah ditukar nama ke Capone. Banyak telah diceritakan tentang hidup Al Capone pada era 1920 hingga 1930. Namun filem ini cuba memberikan kelainan di mana ia akan menceritakan kehidupan Al Capone selepas hampir satu dekad di penjara dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Florida.
Kehidupannya sukar selepas mula menghidap penyakit syphilis dan dementia. Pihak berkuasa pula mula menunjukkan minat apabila dikatakan Al Capone telah menyembunyikan sejumlah wang yang amat banyak sebelum dia ditangkap sebelum ini.
Mungkin sebab terlalu banyak wang yang disembunyikan, tidak mudah untuk Al Capone mengingati semua lokasi-lokasi penyembunyian wang tersebut.
Ton Hardy akan melakonkan watak Al Capone dalam cerita ini. Filem ini dijadualkan dikeluarkan pada bulan Mei 2020. Biarpun dengan keadaan sekarang di mana banyak pawagam masih ditutup, penerbit filem berharap agar filem akan dapat ditayangkan di pawagam pada akhir tahun ini.
Ohhh jangan lupa like Wayang.my di Facebook!